Sunday, November 3, 2013

Ini masalah Keimanan #MajalahJOM!

"Akan aku sapu air mataku ini,apabila fajar kemenangan tiba." Demikian luahan hati yang pernah terluah di bibir salah seorang anak kecil Palestin. Meski telah tertindas berpuluh berpuluh dekad,sama sekali tidak pernah mematikan semangat jihad generasi demi generasi.

1947 Genderang jihad berbunyi!

Sejarah pencerobohan Israel ke atas Palestin,bagaimanakah ia bermula?
Apakah yang dilakukan Muslim untuk membebaskan tanah Al Quds milik umat Islam ini?


Sejarahnya bermula semenjak kekalahan Kuasa Tengah dalam perang dunia pertama yang telah mengheret Khalifah Uthmaniyah ke era kejatuhan.
Rentetan dari itu,British dan Perancis akhirnya berjaya menawan bumi Syam.Semenjak itulah,Palestin diletakkan di bawah mandat British (1923-1948).
Impaknya,pendatang Yahudi dari serata dunia datang berbondong bondong ke Palestin dengan bantuan British.Pendatang Yahudi ini telah bertindak menceroboh dan merampas tanah milik rakyat Palestin.Mereka juga telah melakukan keganasan serta pembantaian terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Keganasan  serta pembantaian tersebut semakin memuncak di ambang penubuhan negara haram Israel (Laknatullah) [15 Mei 1948]
Pembunuhan beramai ramai di kawasan Deir Yasin,Nasaruddin,Abu Zariq,Saris,Bab Damsyik dan Haifa (1947-1948) telah mencetuskan kebangkitan rakyat Palestin sehingga tertubuhnya 'Jasyh al-jihad al-Muqaddas (Tentera Perang Suci) yang dipimpin oleh Abdul al-Qadir al-Husayni dan Hasan Salama. Peristiwa berdarah ini juga seterusnya mencetuskan Perang Arab-Israel I atau Perang Saudara Aran-Yahudi (30 November 1947-14 Mei 1948). Lebih buruk lagi,PBB memutuskan untuk meletakkan Partition Plan (pembahagian tanah Palestin) dan hal ini menimbulkan kemarahan umat Islam.


USAHA-USAHA PEMBEBASAN
Pada masa yang sama,di mesir sebuah gerakan dakwah kebajikan dan kemerdekaan,Ikhwanul Muslimin (IM) telah mengumpulkan sukarelawan untuk membantu membebaskan Palestin. Pada hari Ahad,14 Disember 1947,suatu rapat umum telah dipimpin oleh Ikwanul Muslimin. Rapat Umum tersebut disertai oleh sejuta rakyat Mesir yang kebanyakannya ialah golongan mahasiswa. Mereka keluar beramai-ramai untuk menzahirkan perasaan persaudaraan Islamiah dan menyatakan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin.

Hassan Al-Banna,selaku presiden IM pada waktu itu,naik ke atas pentas rapat umum tersebut,lalu menyampaikan sebuah pidato yang cukup bersemangat :

"Darah kita merupakan tebusan untuk membebaskan Palestin! Wahai para pemimpin Arab,kamulah panglima dan merekalah tenteranya. Mereka telah menginfakkan darah mereka untuk membebaskan Palestin!  Wahai  Pemimpin Arab! Sesungguhnya angkatan muda ini tidak bermain-main,tetapi mereka benar-benar bersungguh-sungguh, Mereka telahberjanji kepada Allah,kemudian kepada tanah air.
Mereka ingin mati keranaNya. Sekiranya kita kekurangan senjata,kita akan rampas dari musuh-musuh kita dan kita akan melemparkan mereka ke laut!


Wahai para pemimpin Arab! Sesungguhnya dunia telah berpakat hendak merampas hak kita. Kita telah berjanji dengan Allah sama ada untuk hidup mulia atau mati syahid. Di atas mimbar ini,sukacita saya isytiharkan bahawasanya Ikhwanul Muslimin mengumpulkan 10,000 sukarelawan. Mereka telah bersedia untuk menyahut seruan ke jalan Allah bagi membebaskan Palestin!"


Friday, May 3, 2013

Bagi orang-orang yang berfikir.


Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi,penggantian malam dan siang,kapal yang berlayar di lautan dengan membawa muatan yang bermanfaat buat manusia. Apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air [hujan] lalu dari itu dihidupkan bumi setelah mati atau kering dan ditebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi.Semua itu sungguh tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang berfikir.

Surah Al Baqarah : Ayat 164

Mari tadabbur kebesaran Allah :')

Tadabbur = menghayati

Amin Ya Rabb.

Cukuplah doa yang sungguh bermakna ini buat entry kali ini,ya?

Selamat mengundi kepada yang bakal mengundi Ahad ini :) Mengundi itu satu kewajipan.

Pssttt,Undilah PAS ya!

Friday, April 26, 2013

.

Duhai diri,
Orang yang bijaksana menulis tentang ilmu
Orang yang cerdik menulis tentang peristiwa
Orang yang pandai menulis tentang orang lain 
Hanya Orang yang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.



Tuesday, April 23, 2013

Campaign Socks up! :)




Jom sahabat-sahabat,kita tutup aurat dengan sempurna :)
Harus diingat,kaki juga aurat!

Moga Allah redha akan segala yang kita lakukan,inshaAllah! <3


Friday, April 19, 2013

Jom Tajdid niat.


SubhanAllah,menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah A'zza Wajalla.
MasyaAllah,spechless jadinya saya.

moga proses penuntutan ilmu kita menjadi pendekatan diri kita kepada Allah.Amiin Ya Allah.

-------------------------------------------------------------
Assalamualaikum.
Kaifa halukum ya sohabiah?

Hari ini,mahu kongsikan 'sesuatu' yang baru saja saya peroleh dari ustazah.

Ustazah  :

"Kita pergi dan balik sekolah dalam keadaan yang sama,Susah nak faham apa yang guru ajar.
Tak dapat apa apa pun pergi sekolah,umpamanya macam tak pergi sekolah.

Ni ustazah nak pesan.Pergi sekolah tajdid niat.Tahu tajdid tu apa?tajdid tu perbetulkan.Perbetulkan niat datang sekolah.Jangan datang sekolah kerana mahu jumpa kawan kawan.Mahu berseronok saja.
Kita pergi sekolah niat kerana Allah. Ingat niat tu penting.

"Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat"

Kalau kita datang sekolah tak niat kerana Allah,maka rugi jadinya.Niatlah kerana Allah pergi sekolah nak menuntut ilmu sebab Allah wajibkan setiap hambaNya menuntut ilmu melalui hadis Rasulullah.

Bukan nak pergi sekolah saja niat kerana Allah.Biarlah segala yang kita lakukan hanya kerana Allah.

Allah jadikan agama Islam ni agama yang mudah lagi  indah.Mudah saja nak dapat pahala.Niat kerana Allah,dah jadi ibadah.

:) "

Nota asbjklgh : lebih kurang macam ini lah pesanan ustazah,saya ada tukarkan sedikit cara penyampaian supaya mudah untuk kita sama sama faham :D



Kemudian ustazah berhenti disitu.


Rasa tersentuh sungguh.Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah,melalui ustazah Engkau tegur kami.

Lepas ni,nak niat macam ustazah bagitahu lah :) inshaAllah.

Jom tajdid niat sama sama!




Pekerjaan yang Mulia :')


Pekerjaan yang Mulia :)

Pada zaman Rasulullah ada seorang wanita kulit hitam yang bernama Ummu Mahjan. Dia selalu melapangkan masa untuk kerja membersihkan masjid.

Ummu Mahjan kemudiannya meninggal dunia dan dikebumikan. Selang beberapa hari, apabila Rasulullah lalu di kuburnya, barulah dikhabarkan bahawa kubur tersebut ialah kubur Ummu Mahjan. Rasulullah menegur para sahabat yang tidak memaklumkan kepadanya tentang kematian Ummu Mahjan. Lalu Rasulullah berdiri dan solat jenazah di atas kuburnya. Sesudah itu Rasulullah menyeru Ummu Mahjan dari atas kuburnya. Sabdanya "Assalaamu'alaikum, ya Ummu Mahjan! Pekerjaan apakah yang paling bernilai dalam amalanmu?"

Rasulullah diam sejenak. Kemudian baginda bersabda, "Dia menjawab bahawa pekerjaan membersihkan masjid adalah pekerjaan yang paling bernilai di sisi Allah. Allah berkenan mendirikan rumah untuknya di syurga dan dia kini beristirehat di dalamnya."

Teladan: Sesungguhnya perkerjaan membersih, mengemas, mengurus dan mengimarah masjid adalah suatu pekerjaan mulia dan mempunyai jaminan ganjaran yang tinggi di sisi Allah. Janganlah biarkan jaminan Allah ini direbut oleh pegawai dan jawatankuasa masjid sahaja. Sepatutnya kelapangan masa yang ada patutlah diguna untuk kerja di atas sebagai bekalan untuk kita kembali kepada Allah. Daripada bersenam kerana nak mengelurkan peluh, nak sihat dan nak panjangkan umur, bukankah lebih baik datang membersihkan masjid, berpeluh pun boleh, sihat pun boleh, jaminan ganjaran di sisi Allah pun dapat. insyallah :)

Sumber : facebook.


Got this article from Aisyah Shakirah's Blog.


Muslimah's, please memorize this.
Found this on Facebook. Felt the need to spread the word.
---
She asked her: Why don’t you have a boyfriend? She replied with confidence: You tell me. Why would I have a boyfriend? I guess you have no answer for my question, but I have answers for yours. First, I am a believer, I can’t do what displeases my Creator. He ordered me not to to have a boyfriend so I should obey Him.
Allah says in Qur’an: “Nor those who take [secret] lovers." (surat Al-Nisa-25). Secondly, I am a daughter of a man who raised me to be a chaste woman. I am a sister of a man who is proud of my purity, so I don’t want to disappoint them, and most of all I don’t want to disappoint a third man who is my future husband and the father of my children in sha Allah. I am preserving myself to him only.
My mom raised me to be a righteous woman so that I deserve a righteous man. She never raised me to be a toy in any boy’s hand, but she raised me to complete the Deen of a pious man.Also, I am not an easy girl who would be impressed with sweet love words, but I am a proud Muslimah who is just like a pearl in its shell. No one can touch it but a brave man who would value it and cherish its beauty.
Dear Muslimah's. Know your worth, and Be that One In Million who love to have the love of their Lord more than the love of a boyfriend!
-ZS


Moga bermanfaat dan moga setiap apa yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah.InshaAllah! Allahumma Ammin <3

-Anyway fellas,blog already have a nasyeed.
Hope so you'll love it.
:)




Saturday, March 30, 2013

The Jarum Manik

Assalamualaikum :))
 Alhamdulillah darah iman dan islam terus mengalir hangat dalam tubuh yang serba hina ini. Ini ayat AisyahSyakirah sebenarnya.

Harini,nak kongsikan sikit ke"excited"tan saya nak pakai jarum manik :) peace~
"PENGUATKUASAAN PENGGUNAAN JARUM BERMANIK BERMULA 1 APRIL 2013"

Okay,saya akui mmg tak selesa,tak suka   heeeee ;)




lalalala~



Tapi harus kita tahu, as long as arahan cikgu tu tak langgar perintah Allah kita kena dan Wajib ikut.
Tak adalah susah sangat.Letak je kot kat tepi tudung :D

Sohabiah,mari kita niatkan kerana Allah,insyaAllah jadi senang je ^^

Moga Rahmat Allah Subhanahu Wa Taala yg superb luas sentiasa bersama kita.Aamiin Ya Rabb :')

*Mohon tegur jika nampak kesalahan saya,saya manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan,jangan biar saya terus hanyut dalam dunia saya*


AininSofiaAmran:)



Monday, March 25, 2013

Fahami Makna Jihad yang sebenar :D



Pada mulanya,saya mengira bahawa jihad adalah seperti berperang angkat senjata etc.Yang hebat hebat yang bukan semua orang boleh buat.Hinggalah suatu hari saya jumpa di facebook belajar pun satu jihad.Dengan laju tangan saya pun mengenakan search tentang JIHAD. Rupanyaaaa :


Jihad itu bukan mengangkat senjata sahaja,
perang hanyalah satu dari jenis-jenis jihad :)

Jihad sebenarnya penyerahan kekuatan dan usaha seorang muslim untuk memenangkan Islam demi untuk mencari redho  ALLAH ^___^
-http://mutiarajannah.blogspot.com/2012/04/patutlah-belajar-dapat-banyak-pahala.html-

SubhanAllah,Allahuakbar! Itu rupanya makna Jihad :D


Maknanya, kalau kita belajar tu pun dikira sebagai berjihad jika kita tanamkan niat usaha memenangkan Islam untuk mencari redho Allah Subhanahu WaTaa'la ^^




Salam Ukhwah Fillah dan selamat berjihad! :)

Till then,pray for me.

All praises be to Allah!

‫بِسْــــــــــــــــــمِ  اﷲِ  الرَّحْمَنِ   اارَّحِيم

Assalamualaikum :)
post pertama saya yang berjudul Menyinarkan kembali Hati yang Mati tu sbnarnya,excited because dengan jayanya dapat buat second blog. first blog saya lupa password.
Anyway moga entry itu bermanfaat buat kalian. :D
 >Teguran membina amatlah dialu alukan<

Semoga Allah memasukkan usaha dakwah saya yg amat sedikit ini dalam kumpulan amal soleh yang akan membantu saya di akhirat kelak,Amiin Allahumma Aamiinn :)


Salam Ukhwah Fillah,
Ainin Sofia Amran

Menyinarkan kembali Hati Yang Mati.

Menyinarkan kembali Hati Yang Mati.

to be honest,bukutangan ni adalah hadiah daripada sahabat ummi saya yang akan berpindah ke Kuala Lumpur.*Terima Kaseh banyak banyak naaaaa*

kalau tengok cover luar dia memang langsung tak berminat nak baca.

namun ku gagahkan diri jua untuk baca sinopsisnyaaa :



Asif jiddan(sorry) ni gmbar webcam jee,haha.


" hati bagaikan cerminan bagi diri insan,ia perlu digilap sentiasa supaya pancaran cahayanya kian bersinar cemerlang 
.Alpa dlm memerhatikan 'Soal hati' akan mengakibatkan mata hati menjadi buta dan sirna dari cahaya hidayah .         
Hati tanpa sinaran cahaya hikmah juga mengakibatkan geluk hati kontang dan liat mengental kepingan dosa.Hati yang dicerap cahaya ilahiyyah akan sentiasa memuncakkan kecintaan dan kerinduan hakiki.Para ulama Salafussoleh sudah meninggalkan legasi utuh dalam pengubatan hati."

Ok *spechless* :)

Kepada anda yang tgh cari penawar hati or ubat hati.Bolehlah beli buku ni! Sangat best,seriously tak boring pun.
Disini saya selitkan kan sedikit UBAH HATI :DD

-Membaca Alquran beserta maknanya.

-Berpuasa atau tdk makan scra berlebihan
-Qiamullail or well knowed as tahajjud
-makan makanan yg Halal
-Berdoa or munajat dengan rasa rendah diri pada keheningan malam @ waktu sahur
-Mendampingi alim ulama'
-Ber'uzlah [ mengasingkan diri daripada orang ramai,diam dan tidak berbual kosong ketika bersama mereka ]

^__^ Kalau diikutkan hati,nak copy semua dlm buku ni buat tatapan kalian tapi apakan daya,ni bukan buku saya,nanti kena saman pulak! :) heeee.

Salam Sayang lillah,Ainin Sofia Amran~