Sunday, November 3, 2013

Ini masalah Keimanan #MajalahJOM!

"Akan aku sapu air mataku ini,apabila fajar kemenangan tiba." Demikian luahan hati yang pernah terluah di bibir salah seorang anak kecil Palestin. Meski telah tertindas berpuluh berpuluh dekad,sama sekali tidak pernah mematikan semangat jihad generasi demi generasi.

1947 Genderang jihad berbunyi!

Sejarah pencerobohan Israel ke atas Palestin,bagaimanakah ia bermula?
Apakah yang dilakukan Muslim untuk membebaskan tanah Al Quds milik umat Islam ini?


Sejarahnya bermula semenjak kekalahan Kuasa Tengah dalam perang dunia pertama yang telah mengheret Khalifah Uthmaniyah ke era kejatuhan.
Rentetan dari itu,British dan Perancis akhirnya berjaya menawan bumi Syam.Semenjak itulah,Palestin diletakkan di bawah mandat British (1923-1948).
Impaknya,pendatang Yahudi dari serata dunia datang berbondong bondong ke Palestin dengan bantuan British.Pendatang Yahudi ini telah bertindak menceroboh dan merampas tanah milik rakyat Palestin.Mereka juga telah melakukan keganasan serta pembantaian terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Keganasan  serta pembantaian tersebut semakin memuncak di ambang penubuhan negara haram Israel (Laknatullah) [15 Mei 1948]
Pembunuhan beramai ramai di kawasan Deir Yasin,Nasaruddin,Abu Zariq,Saris,Bab Damsyik dan Haifa (1947-1948) telah mencetuskan kebangkitan rakyat Palestin sehingga tertubuhnya 'Jasyh al-jihad al-Muqaddas (Tentera Perang Suci) yang dipimpin oleh Abdul al-Qadir al-Husayni dan Hasan Salama. Peristiwa berdarah ini juga seterusnya mencetuskan Perang Arab-Israel I atau Perang Saudara Aran-Yahudi (30 November 1947-14 Mei 1948). Lebih buruk lagi,PBB memutuskan untuk meletakkan Partition Plan (pembahagian tanah Palestin) dan hal ini menimbulkan kemarahan umat Islam.


USAHA-USAHA PEMBEBASAN
Pada masa yang sama,di mesir sebuah gerakan dakwah kebajikan dan kemerdekaan,Ikhwanul Muslimin (IM) telah mengumpulkan sukarelawan untuk membantu membebaskan Palestin. Pada hari Ahad,14 Disember 1947,suatu rapat umum telah dipimpin oleh Ikwanul Muslimin. Rapat Umum tersebut disertai oleh sejuta rakyat Mesir yang kebanyakannya ialah golongan mahasiswa. Mereka keluar beramai-ramai untuk menzahirkan perasaan persaudaraan Islamiah dan menyatakan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin.

Hassan Al-Banna,selaku presiden IM pada waktu itu,naik ke atas pentas rapat umum tersebut,lalu menyampaikan sebuah pidato yang cukup bersemangat :

"Darah kita merupakan tebusan untuk membebaskan Palestin! Wahai para pemimpin Arab,kamulah panglima dan merekalah tenteranya. Mereka telah menginfakkan darah mereka untuk membebaskan Palestin!  Wahai  Pemimpin Arab! Sesungguhnya angkatan muda ini tidak bermain-main,tetapi mereka benar-benar bersungguh-sungguh, Mereka telahberjanji kepada Allah,kemudian kepada tanah air.
Mereka ingin mati keranaNya. Sekiranya kita kekurangan senjata,kita akan rampas dari musuh-musuh kita dan kita akan melemparkan mereka ke laut!


Wahai para pemimpin Arab! Sesungguhnya dunia telah berpakat hendak merampas hak kita. Kita telah berjanji dengan Allah sama ada untuk hidup mulia atau mati syahid. Di atas mimbar ini,sukacita saya isytiharkan bahawasanya Ikhwanul Muslimin mengumpulkan 10,000 sukarelawan. Mereka telah bersedia untuk menyahut seruan ke jalan Allah bagi membebaskan Palestin!"




IM benar-benar menunaikan janji tersebut. Sukarelawan IM dan tentera Perang Suci tidak gentar berhadapan 70 000 askar Yahudi yang bersenjata canggih walaupun mereka mereka hanya berjumlah
 15 000 orang.

Walaupun usaha menghalang penubuha  negara haram Israel gagal,namun keberanian dan pengorbanan mereka untuk negara dan agama telah berjaya meniupkan semangat jihad di seluruh dunia Arab.

Natijahnya, Liga Arab secara kolektif telah mengisytiharkan perang terhadap negara haram Israel pada 1948.Terdapat banyak kisah keberanian mereka yang masyhur,antaranya kisah yang pernah tersiar di Al-Akhbar Al-Youm pada 18 April 1948 :

"Dua pagi, 10 April 1948 ; Para Mujahidin menyerang sebuah kubu Yahudi. Pada malam yang gelap itu,para mujahidin berajaya menembusi pertahanan mereka. Helah dilakukan dengan melakukan serangan hendap pada satu sudut, namun penyerangan dilakukan dari sudut yang lain. tentera yahudi terpedaya lalu mereka menyerang ke arah  serangan hendap yang pertama. Peluang ini lantas digunakan oleh para mujahidin dengan menyerbu masuk dan meledakkan bom untuk membinasakan pertahanan yahudi.

 Apabila askar yahudi hampir kalah,mereka meminta bantuan British. Serta-merta bantuan sampai bersama kereta -kereta kebal. Perintah genjatan senjata sementara kemudiannya dikeluarkan terhadap kedua-dua belah pihak. Jeneral British yang mengetuai pasukan tersebut ternyata kagum dengan keberanian dan kelicikan para mujahidin. Beliau langsung ke tempat pembaringan para syuhada' lalu menundukkan kepala dan berkata; "Aku sungguh kagum! Bagaimanakah kamu mampu melakukan semua ini? Sesungguhnya aku pernah berada dalam pasukan komando British, tetapi aku tidak pernah melihat keberanian seperti yang ku lihat ini. Sekiranya ada bersamaku 3000 orang askar seperti mereka,nescaya aku mampu menawan Palestin! "

Sebenarnya kenyataan tersebut tidak jauh beza dengan statement Tomoyuki Yamashita terhadap sifat kepahlawanan Leftenan Adnan. Kenyataan tersebut tidak bermakna British mahu menawan Palestin. Hal ini kerana League of nation sudah memberi mandat kepada British untuk menjajah Palestin semenjak 1923.

Kisah tersebut dipetik daripada buku biografi bertajuk " Dakwah dan Tarbiah, Pandangan Hassan Al- Banna" Tulisan Abbas as Sisi. Mereka adalah contoh terbaik sepanjang zaman ini. Mereka sering melaungkan motto " Jihad adalah jalan kami dan mati di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi! "

Mereka tidak gentar terhadap musuh walaupu  kekurangan bilangan tentera  dan ketiadaan senjata-senjata canggih. Kekuatan sebenar para mujahidin ini ialah pada keyakinan bahawa ALLAH SWT sajalah yang Maha Berkuasa memenangkan agamaNya dengan kehendakNya. Semoga kita juga termasuk golongan yang berterusan berusaha memenangkan agamaNya hingga tertegak semula menjadi ustazi'atul alam (rujukan dunia) seperti yang tergambar di dalam Al-Quran {maksudnya} :

Sesungguhnya Allah telah mebeli dari orang-orang Mukmin diri dan harta  mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah ; lalu mereka membunuh atau terbunuh. ( Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat,Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,dan itulah kemenangan yang besar.
-Surah At Taubah : 111-


Sumber : Majalah Jom ( Ditulis oleh; Muhammad Solahuddin. Pelajar Perakaunan Kolej Antarabangsa KYS)


No comments:

Post a Comment