Sunday, November 3, 2013

Ini masalah Keimanan #MajalahJOM!

"Akan aku sapu air mataku ini,apabila fajar kemenangan tiba." Demikian luahan hati yang pernah terluah di bibir salah seorang anak kecil Palestin. Meski telah tertindas berpuluh berpuluh dekad,sama sekali tidak pernah mematikan semangat jihad generasi demi generasi.

1947 Genderang jihad berbunyi!

Sejarah pencerobohan Israel ke atas Palestin,bagaimanakah ia bermula?
Apakah yang dilakukan Muslim untuk membebaskan tanah Al Quds milik umat Islam ini?


Sejarahnya bermula semenjak kekalahan Kuasa Tengah dalam perang dunia pertama yang telah mengheret Khalifah Uthmaniyah ke era kejatuhan.
Rentetan dari itu,British dan Perancis akhirnya berjaya menawan bumi Syam.Semenjak itulah,Palestin diletakkan di bawah mandat British (1923-1948).
Impaknya,pendatang Yahudi dari serata dunia datang berbondong bondong ke Palestin dengan bantuan British.Pendatang Yahudi ini telah bertindak menceroboh dan merampas tanah milik rakyat Palestin.Mereka juga telah melakukan keganasan serta pembantaian terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Keganasan  serta pembantaian tersebut semakin memuncak di ambang penubuhan negara haram Israel (Laknatullah) [15 Mei 1948]
Pembunuhan beramai ramai di kawasan Deir Yasin,Nasaruddin,Abu Zariq,Saris,Bab Damsyik dan Haifa (1947-1948) telah mencetuskan kebangkitan rakyat Palestin sehingga tertubuhnya 'Jasyh al-jihad al-Muqaddas (Tentera Perang Suci) yang dipimpin oleh Abdul al-Qadir al-Husayni dan Hasan Salama. Peristiwa berdarah ini juga seterusnya mencetuskan Perang Arab-Israel I atau Perang Saudara Aran-Yahudi (30 November 1947-14 Mei 1948). Lebih buruk lagi,PBB memutuskan untuk meletakkan Partition Plan (pembahagian tanah Palestin) dan hal ini menimbulkan kemarahan umat Islam.


USAHA-USAHA PEMBEBASAN
Pada masa yang sama,di mesir sebuah gerakan dakwah kebajikan dan kemerdekaan,Ikhwanul Muslimin (IM) telah mengumpulkan sukarelawan untuk membantu membebaskan Palestin. Pada hari Ahad,14 Disember 1947,suatu rapat umum telah dipimpin oleh Ikwanul Muslimin. Rapat Umum tersebut disertai oleh sejuta rakyat Mesir yang kebanyakannya ialah golongan mahasiswa. Mereka keluar beramai-ramai untuk menzahirkan perasaan persaudaraan Islamiah dan menyatakan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin.

Hassan Al-Banna,selaku presiden IM pada waktu itu,naik ke atas pentas rapat umum tersebut,lalu menyampaikan sebuah pidato yang cukup bersemangat :

"Darah kita merupakan tebusan untuk membebaskan Palestin! Wahai para pemimpin Arab,kamulah panglima dan merekalah tenteranya. Mereka telah menginfakkan darah mereka untuk membebaskan Palestin!  Wahai  Pemimpin Arab! Sesungguhnya angkatan muda ini tidak bermain-main,tetapi mereka benar-benar bersungguh-sungguh, Mereka telahberjanji kepada Allah,kemudian kepada tanah air.
Mereka ingin mati keranaNya. Sekiranya kita kekurangan senjata,kita akan rampas dari musuh-musuh kita dan kita akan melemparkan mereka ke laut!


Wahai para pemimpin Arab! Sesungguhnya dunia telah berpakat hendak merampas hak kita. Kita telah berjanji dengan Allah sama ada untuk hidup mulia atau mati syahid. Di atas mimbar ini,sukacita saya isytiharkan bahawasanya Ikhwanul Muslimin mengumpulkan 10,000 sukarelawan. Mereka telah bersedia untuk menyahut seruan ke jalan Allah bagi membebaskan Palestin!"